Lawan Lapar

Kerajaan Perak secara sistematik menindas komuniti pengeluar makanan—peneraju keselamatan makanan bagi rakyat Malaysia. Latihan undang-undang Lawan Lapar bertujuan untuk membekalkan petani dengan pengetahuan dan keupayaan untuk menentang penindasan kerajaan dan mencari nafkah, sekaligus menjamin keselamatan makanan demi semua rakyat Malaysia.

TOWNHALL BERSAMA PETANI DI CHEMOR, PERAK

8 Julai 2023

Kira-kira 70-80 petani kecil dari Chemor dan kawasan sekitarnya di Perak Tengah telah menghadiri townhall kami. Kebanyakan petani-petani menghadapi ancaman pengusiran oleh kerajaan negeri disebabkan tanah mereka yang dibawah status temporary occupation licence (TOL). Ramai yang hadir untuk mencari bantuan dan sokongan, dan Lawan Lapar mengambil inisiatif untuk mengumpulkan maklumat tertentu daripada setiap peserta mengenai status tanah pertanian mereka untuk menggubal strategi advokasi yang melibatkan semua petani.

TOWNHALL & SESI PENERANGAN BERSAMA NELAYAN DI PULAU PANGKOR, PERAK

17 Jun 2023

Kira-kira 50 nelayan tempatan dan ahli masyarakat yang akan terjejas oleh projek tambak tanah yang dirancang di bahagian timur Pulau Pangkor telah menghadiri townhall dan sesi penerangan Lawan Lapar, di mana penduduk tempatan dimaklumkan berkenaan kesan-kesan projek tambak yang dicadangkan, termasuk pemusnahan ekologi dan kehilangan mata pencarian dari bidang perikanan dan pelancongan. Bagi kebanyakan peserta, ini adalah kali pertama mereka mendapat maklumat mengenai skop penuh projek tersebut.

Lawan Lapar berjaya bekerjasama dengan pemimpin masyarakat tempatan untuk mengemukakan bantahan rasmi terhadap projek ini seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa serta Akta Kerajaan Tempatan.

MUAT TURUN BUKU PANDUAN KAMI

Kami menyediakan buku panduan Lawan Lapar kepada setiap peserta di majlis perjumpaan kami sebagai sebahagian daripada strategi kami untuk memerkasakan komuniti pengeluar makanan dan memaklumkan mereka tentang hak-hak mereka.