Lawan Lapar

tentang kami

Lawan Lapar adalah program kerjasama oleh Yayasan Chow Kit, Undi18 serta The Fourth dengan sokongan daripada Yayasan Bertha.

Kempen ini diterajui oleh Pengasas Bersama Undi18, Tharma Pillai dan Pengasas Bersama The Fourth, Ian Yee.

apakah lawan lapar?

Lawan Lapar ialah kempen akar umbi yang bertujuan membantu mencipta penyelesaian kepada krisis keterjaminan makanan yang mengutamakan rakyat Malaysia biasa.

Kami berhasrat untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik yang tinggal di pusat bandar serta petani di Perak untuk memastikan setiap rakyat Malaysia boleh mendapat akses selamat kepada makanan segar, berpatutan dan sihat.

inisiatif kami

Inisiatif Lawan Lapar bertujuan untuk menangani krisis makanan Malaysia dengan memperjuangkan perubahan dasar serta memperkasakan komuniti pengeluar makanan termasuk petani, nelayan dan penduduk bandar untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mampan dan terjamin makanan untuk semua.

kenali kami

Tharma Pillai

Pengasas bersama, UNDI18
Yayasan Chow Kit

Tharma ialah Pengasas Bersama dan Pengarah Advokasi UNDI18. Dengan pertalian kekeluargaan berada di Pangkor, advokasi keselamatan makanan yang dilakukan Tharma berusaha untuk memartabatkan nelayan Pulau Pangkor serta komuniti pengeluar makanan di seluruh Malaysia dengan memperkasakan petani dan nelayan untuk memperjuangkan hak mereka.

Ian Yee

Pengasas bersama, The Fourth
Ketua Obama Foundation

Ian ialah seorang Wartawan Penyiasatan, Penerbit Dokumentari dan Pengasas Bersama The Fourth, sebuah syarikat media penyiasatan bebas. Terharu dengan perjuangan yang dihadapi oleh komuniti pengeluar makanan di Malaysia, beliau berusaha untuk mendedahkan isu utama yang dihadapi petani dan nelayan di Malaysia