Lawan Lapar

Menyokong hak petani untuk menghapuskan ketidak jaminan makanan di Malaysia​
MALAYSIA KINI BERDEPAN KRISIS MAKANAN

Ratusan petani dan nelayan menghadapi pengusiran di seluruh Malaysia kerana undang-undang tanah lapuk yang terbuka kepada penyalahgunaan dan rasuah. Kerajaan negeri mempunyai kawalan penuh ke atas penawaran tanah dan pada masa ini tiada ketelusan atau akauntabiliti yang diperlukan oleh undang-undang.

LAWAN LAPAR BERSASARAN MENGELAK KRISIS INI

Membenarkan petani yang terkesan untuk meneruskan kegiatan pertanian

Lawan Lapar menggesa penyelesaian yang saksama di mana kerajaan memperoleh dan mewartakan tanah terjejas sebagai tanah pengeluaran makanan kekal dan seterusnya mengenakan bayaran sewa kepada petani berdasarkan nilai pasaran.

Memperbaharui undang-undang tanah Malaysia

Maklumat mengenai semua urus niaga tanah negeri mesti didedahkan kepada umum dan lesen pendudukan sementara perlulah diberikan untuk sekurang-kurangnya 5 tahun untuk kesejahteraan petani dan rakyat Malaysia secara keseluruhan.

Mempromosikan pertanian organik bandar dan pertanian skala kecil

Lawan Lapar berusaha untuk mempromosikan budaya pertanian bandar dalam komuniti perumahan kos rendah di Kuala Lumpur dan pusat bandar lain sebagai penyelesaian kepada masalah kekurangan makanan dan kekurangan zat makanan yang semakin meningkat di bandar-bandar di Malaysia.

TENTANG KAMI

Lawan Lapar adalah program kerjasama oleh Yayasan Chow Kit, Undi18 serta The Fourth dengan sokongan daripada Yayasan Bertha.

Kempen ini diterajui oleh Pengasas Bersama Undi18, Tharma Pillai dan Pengasas Bersama The Fourth, Ian Yee.